Thursday, August 26, 2010

AnAk oh AnAk..!!!


anak-anak ingin dilayan:-

i) kasih sayang bukan dibenci..
ii) difahami bukan dihakimi..
iii) diterima bukan ditolak..
iv) dihormati bukan dihina..
v) ditolong bukan disakiti..
vi) keselesaan bukan digunakan..
vii) berkembang bukan beku dan plastik..

Saturday, August 21, 2010

RAMADAN OH RAMADAN ..!!!

bila tiba bulan puasa..

walau puasa baru bermula..

sudah sibuk ke pasar raya..


tak kira miskin atau kaya..

pantang ada tawaran istimewa..

berebut-rebut hendak membelinya..


tapi..

tawaran yang maha esa..

yang menjanjikan pahala berganda..

tidak ramai yang merebutkannya..


yang disibukkan juadah berbuka..

kuih dan lauknya penuh semeja..

jadilah ramadan pesta berbelanja..


menjamu selera sampai terlupa..

maghrib isyak entah ke mana..

dengar azan terlelap mata..


yang rajin terawih pula..

cuma rajin awal puasa..

lama-lama tidak nampak muka..


demikian hebatnya kebanyakkan kita..

amalan puasa tidaklah seberapa..

tapi berbuka bagai nak gila..



ON MY:~

RAMADAN.. MUNCULMU DI JENDELA SANGAT KU NANTI.. PERGIMU KE TITIK LENYAP TENTU DITANGISI.. AKAN MENYISAKAN SEBUAH RINDU.. YANG TERLALU MURNI MENGUASAI HATI..”



LAILATULQADAR.. MALAM IMPIAN SEHENING PENANTIAN.. MALAM SYAHDU SEBENING KERINDUAN.. BAGI INSAN SEJATI MENYEBATI DIRI PADA-MU RABBI KHALIQI.. BERAKAH ZATMU YANG ABADI.. YANG MENGHITUNG SENDIRI.. GANJARAN RAMADAN INI..”