Tuesday, February 15, 2011

tHe cHoSeN OnE...



BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenalisebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Ka'abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada
Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
malaikat untuk mengeluarkan bahagian
syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah
binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'
(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu
Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada
ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..

USIA 25TAHUN
·Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan
Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib
dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan
berhubung perletakanbatu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina AbuBakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah
SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

Sunday, February 6, 2011

Hmm,,...??






hanya zaman persekolahan saja yang mengajar kita erti sahabat dan remaja..
bila zaman itu berlalu nescaya ianya tidak akan kembali lagi..
masa ini jua kita membawa haluan masing-masing..

mungkin sukar untuk kita semua bersatu kembali..
dalam satu tempat sekolah..
dalam satu bilik darjah..

dimana, kita belajar, bergurau, ke kantin, ke tandas bersama-sama..
terbukti lah zaman menjadi seorang pelajar adalah zaman remaja yang sukar dilupakan..

mungkin satu hari nanti kita akan terkenang dan menangis kerana rindukan zaman seorang pelajar yang sangat indah..
dan mungkin juga kita akan tergelak-gelak keseorang akan mengingati kenangan yang terindah..

ON MY~ HARGAI LAH ZAMAN REMAJA DAN PERSEKOLAHAN ANDA..
SELAGI ANDA DAPAT MERASAI ZAMAN ITU..