Wednesday, September 14, 2011

Kata Mereka..



kata mereka..
jika dirinya aku sayangi..
lepaskanlah dia bebas pergi..
lalu aku lepaskan dia seikhlas hati..
tetapi mengapakah aku sedih sayu..
ketika dia melangkah meninggalkanku..?

kata mereka..
jika aku lepaskan dia bebas pergi..
akan datang kepadaku seorang pengganti..
yang lebih baik dari yang telah pergi..
lalu aku mencari dan menanti berganti hari..
tetapi mengapakah aku masih meyendiri hingga kini..?

kata mereka..
jika kepadaku dia kembali..
maka selamanya dia akan ku miliki..
dan jika dia terus pergi..
maka dia tidak layak kusayangi..
lalu mengapakah tanpanya aku sunyi sepi..?
lalu mengapakah padanya tersangat kurindui..?

apa yang tidak dikata mereka..
ialah ketika dia melangkah pergi..
dibawanya bersama sebahagian dari diri..
lalu bagaimakah aku harus meneruskan hidup ini..
tanpa dia bersamaku di sisi..?





apakah yang mereka tahu..
tentang kekosongan hati ini..
yang sentiasa menanti..
yang sentiasa sepi..
yang sentiasa merindui..

yang sentiasa bertanya tanpa henti..
mengapakah aku lepaskan dia pergi..


No comments:

Post a Comment